batu permata menjadi minat dan buruan bagi penggemarnya. harga batu permata boleh melonjak kepada puluhan ribu ringgit bagi batu yang berkualiti tinggi. namun begitu, minat yang mendalam di kalangan penggemar telah dimanipulasikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. penipuan atau scam permata bukan hanya berlaku di pasaran tempatan bahkan ianya telah menjadi perdebatan di peringkat antarabangsa.
secara umumnya, keaslian satu2 batu permata boleh dikelaskn kepada beberapa jenis
- 100% natural. merujuk kepada batu permata asli yang tidak menjalani sebarang proses enhancement. ia hanya dipotong dan dipolish sebelum dipasarkan. namun begitu, bagi emerald/zamrud, oiling proses ditambah sebagai protective layer namun ia masih lagi dikira sebagai 100% natural
- natural treated/permata asli terawat. merujuk kepada batu permata asli yang telah menjalani proses rawatan selain dari polishing dan cutting sebelum dipasarkan. terkini, terdapat banyak kaedah rawatan yang digunakan untuk meningkatkan kualiti sesuatu permata. bagi sesetengah permata seperti delima dan sapphire, teknik rawatan juga menentukan nilai pasaran .jenis rawatan ialah - heated only(harga tinggi/tidak melibatkan bahan asing) - heated&glass filled (harga tak berapa tinggi/bahan asing dimasukan ke dalam batu utk menutup kertakan) -colour enhanced(harga sangat rendah/lebih murah dari sintetik/kecantikan permata hilang) selain itu, beberapa lagi teknik rawatan yang digunaka untuk meningkatkan intensity warna permata termasuklah irridation dan bleaching
- sintetik/batu buatan. batu sintetik mengandungi jenis mineral yang sama dengan batu asli cuma ianya dikultur dimakmal dalam masa yang singkat berbanding dengan proses batu asli yang melibatkan ratusan tahun proses pembentukanya.
- fake/permata tiruan. tiada nilai langsung, mungkin hanya berkongsi warna dan rupa batu permata yang ditiru. bahan asas mungkin dari kaca bahkan ada juga yang dibuat dari plastik.
cara membezakan batu permata
- perhatikan urat batu, batu asli mempunyai urat yang agak ketara. biasanya permata dengan clarity IF(internalflawless) ialah sintetik. namun ada permata asli yang claritinya VS(very smal included. Jika terawat, dalam batu akan terdapat spot/titik hitam/bubble dan bahan lain selain urat batu
- perhatikan flashing/api batu dibawah cahaya terang, permata 100%natural akan membiaskan cahaya dengan kuat serta terang(bergemerlapan) manakala treated pula biasanya akan nampak lebih kurang berseri/flashing walau dibawah cahaya terang, manakala permata tiruan tidak akan langsung memberi reflek kepada cahaya serta nampak pudar/dull. namun begitu perlu diingat, sintetik juga akan bertindak balas dengan cahaya sama seperti permata 100%natural.
- permata palsu sangat senang dibezakan, nampak pucat/dull, tiada flashing/api, terasa lebih ringan dan tidak menrik. percayalah, sekali imbas anda akan dapat bezakan yang ianya palsu
No comments:
Post a Comment